Tuesday, 29 September 2015

  1.  KERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

  • Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan. Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat dan pemerintah di negara ini sejak merdeka sehingga kini. Justeru, adalah tepat jika dikatakan Perlembagaan adalah yang tertinggi di Malaysia. Malaysia merupakan sesebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi. Ketertinggian Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan dalam jadual berikut. Konsep Ketertinggian Perlembagaan.

  1. PERUNTUKAN BUTIRAN 

  • Parlimen Memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri pada pihak yang lain. Dalamhal ini, perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan. Perlembagaan Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang yang boleh dibuat oleh parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara persekutuan, undang-undang tersebut adalah tidak sah.
  •  Undang-undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. KedudukanYDPA Baginda sebagai Ketua Negara, Lambang taat setia rakyat, Lambang Negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah, dan sebagainya. Tetapi, Baginda tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda ialah Raja Berpelembagaan, iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah menteri. Kuasa Perundangan Dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa Kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. KuasaYDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan(perundangan, pentadbiran,kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
  • Kebebasan Asasi Merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan system demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang keTanah Airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang . Maka, terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment