KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara kita. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan tersebut ? Luhurnya Perlembagaan Malaysia itu dapat dilihat dari perspektif berikut, iaitu merupakan undang-undang utama Persekutuan, Ketertinggian Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan persekutuan.
- UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN
- Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia:
- (a) Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut.
- (b) kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa:
- (i) undang-undang itu mengenakan sekatan –sekatan ke atas hak yang disebut dalam perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam perkara itu atau
- (ii) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam perkara itu.
- (C) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau badan Perundanganmana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen atau mengikutmana-mana yang berkenaan,Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang,kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau:
- (i) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen,dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri.
- (ii) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan perundangan sesuatu negeri,dalam prosiding persekutuan dengan negeri itu.
- (d) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalamFasal (3) (iaitu prosiding yang tidak termasuk dalamperenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim Mahkamah persekutuan dan persekutuan berhak menjadi satu pihak dalammana-mana prosiding itu,dan begitulah juga dengan mana-mana negeri yang akan atau mungkinmenjadisatu pihak dalamprosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perenggan(a) atau (b) Fasal itu.
No comments:
Post a Comment